Memahami Konsep Algoritma Kawalan Aliran Menggunakan Dron dan Python/Droneblocks
Gabungan: FCSIT, University of MalayaResolusi: Kumpulan | Tempoh: Lebih dari empat jam
Gambaran keseluruhan
Matlamat
Modul ini bertujuan untuk pelajar menggunakan algoritma kawalan aliran untuk melakukan navigasi dron secara automatik. Pada akir modul ini, pelajar akan dapat menulis program Python/DroneBlocks menggunakan konsep kawalan aliran untuk menerbangkan dron mengikut laluan penerbangan yang telah ditetapkan.
Objektif Pembelajaran
- Memahami 3 konsep asas algoritma kawalan aliran di dalam pengaturcaraan. - Menggambarkan algoritma kawalan aliran menggunakan gambarajah seperti rajah aktiviti UML. - Simulasikan algoritma kawalan aliran menggunakan dron yang di bina menggunakan Python/DroneBlocks. - Mengambil peranan aktif semasa cabaran pengaturcaraan dron secara berkumpulan.
Konteks
Modul yang dicadangkan boleh digunakan untuk memberi pengenalan kepada konsep kawalan aliran di dalam pengaturcaraan Python/DroneBlocks, dan pada masa yang sama, memberi pendedahan kepada pelajar kepada teknologi pengaturcaraan dron dan automasi.