Pembelajaran Perkhidmatan di dalam Kursus Interaksi Insani-Komputer

Gabungan: UNIVERSITY OF MALAYA
Resolusi: Kumpulan | Tempoh: Lebih dari empat jam

Gambaran keseluruhan


Matlamat

Pelajar perlu belajar memahami keperluan pengguna iaitu warga emas dalam penghasilan permainan interaksi.

Objektif Pembelajaran

Setelah menyelesaikan tugasan, pelajar akan dapat: 1. menganalisis card-sorting dan merancang rekabentuk maklumat visual. 2. membuat soalan temuduga dengan lebih sistematik 3. mengenalpasti keperluan pengguna

Konteks

Aktiviti ini dirancang untuk pelajar memahami pengguna yang berbeza umur dengan mereka iaitu warga emas. Pelajar disuruh melawat LIMA laman web NGO berkaitan warga emas dan OKU, kemudian melakukan aktiviti card-sorting dengan post-it-note dan menyusun di dalam rekabentuk maklumat visual. Sebanyak 23 rumah orang tua telah dihubungi di sekitar Universiti Malaya telah dilawati dan sedia bekerjasama. Sebelum ke rumah orang tua, pelajar dikehendaki membangunkan soalan temuduga dan menjalankan aktiviti role play bagi menjiwai dan rasa empati pengguna.