Home Forums AL and PBL in Malaysia Masalah berkaitan Algoritma

Viewing 5 posts - 1 through 5 (of 5 total)
  • Author
    Posts
  • #34120

    Kepada semua yang membaca, saya ingin mencadangkan untuk kita perkenalkan topik algoritma kepada masyarakat awam untuk melatih masyarakat di Malaysia untuk berfikir.

    Di dalam kontek pelajaran di universiti, topik algoritma diperkenalkan mengikut nama-nama rekabentuk algoritma untuk sisihan, carian, pecah dan takluk, algoritma rakus dan lain-lain.

    Di dalam kontek orang awam, topik algoritma diperkenalkan utk memberi pendedahan kepada masyarakat cara-cara penyelesaikan masalah. Seperti apakah cara yang efektif untuk mengemas rumah, masalah komunikasi dengan keluarga, dan sebagainya.

    #34311
    Zailani IbrahimZailani Ibrahim
    Participant

    Saya setuju dengan cadangan ini. Seperti yang kita ketahui, masyarakat kita terdiri dari pelbagai golongan, kaum, budaya, cara hidup dan pemikiran. Dengan membudayakan cara berfikir secara algoritma, ianya dapat membentuk corak pemikiran yang lebih teratur, logikal dan seterusnya menyelesaikan masalah yang berkenaan.

    #34314

    Mungkinkah kita patut menyampaikan perkara ini kepada masyarakat Malaysia?

    #34315
    Hazleen ArisHazleen Aris
    Participant

    Boleh tulis artikel di akhbar?

    #34325
    IdaIda
    Participant

    Adakah perlu/mudah untuk diperkenal di peringkat sekolah kebangsaan? Di India, pelajar di sana dikenalkan dengan konsep ini dari kecil.

Viewing 5 posts - 1 through 5 (of 5 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.